Siapa Kami?
Kami adalah sebuah syarikat bumiputera Easy Iqra' Sdn. Bhd. (932387-A) yang menghasilkan satu kaedah pembelajaran yang lebih efektif dan menarik minat masyarakat Islam untuk mendalami ilmu agama Islam dan memahirkan lagi bacaan Al-Quran.
Objektif Kami?
Tujuan kami adalah untuk MEMBASMI BUTA AL-QURAN. Kami menmfokuskan Easy Iqra' ini digunakan oleh anak-anak seawal umur 2 tahun dan di samping itu tidak juga mengabaikan golongan dewasa yang ingin bersama–sama memperjuangkan pembasmian buta Al-Quran.
Setiap pelajar akan didedahkan pada pengenalan Iqra' untuk memberi peluang kepada ahli untuk memahirkan diri dalam pembacaan. Dengan cara ini ahli akan berkebolehan untuk membaca Al-Quran dengan lebih lancar lagi.
VisiKami
Memantapkan pembelajaran Al-Quran untuk semua anak-anak khususnya dan seluruh umat islam amnya serta mendalami ilmu agama.
Misi
1. Memperkenalkan kaedah pembelajaran secara interaktif.
2. Mempertingkatkan keupayaan pelajar mengenali huruf Al-Quran melalui bentuk atau objek yang menyerupai binatang dan alam sekitar.
3. Melahirkan anak-anak yang celik Al-Quran.
Memberi peluang luas untuk umat islam mempelajari ilmu agama dengan mudah dan senang.
4. Melahirkan anak-anak dan insan yang bertakwa serta beriman kepada Allah.
Kecermelangan
Menetapkan VISI dan MISI yang jelas iaitu menjadi peneraju dalam memudahkan pembelajaran Al-Quran dan Agama Islam serta memartabatkan Easy Iqra' Sdn. Bhd. di dalam dan di luar negara dan menjadi pemangkin untuk mendorong Easy Iqra' ke aras destinasi kecemerlangan.
Selain itu, jalinan perhubungan juga merupakan faktor penting untuk merealisasikan impian bersama.Komitmen dan kesungguhan anda mencipta kejayaan bersama Easy Iqra' amat kami hargai. Cita-cita dan wawasan anda memberi suntikan bertenaga kepada kami untuk terus mengorak langkah dan mencetus idea serta merancang strategi yang terbaik bagi menjamin matlamat tercapai.





